Saturday 8 September 2018

Apa Itu Sleep Paralysis (Ketindihan) dan Cara Mengatasinya.





Hi guys...Bersua kembali dalam blog saya 'PencintaIlmu'..Pertama sekali saya nak minta maaf kerana saya dah seminggu tak upload...Sebenarnya saya sibuk sangat sepanjang minggu lalu, so tak ada masa nak upload artikel baru...Setelah saya fikir masak-masak , saya rasa saya hanya akan upload artikel baharu pada setiap hari Selasa, Jumaat dan Sabtu saja...Untuk hari selasa dan Jumaat, saya akan buat perkongsian berkenaan subjek yang saya minat antaranya Math, Physics, Chemis dan Bio😉..Sebab, cikgu saya kata kalau kita share something kita akan lebih faham dengan apa yang kita pelajari..Betul takk😚hehe!!Tapi buat hari Sabtu pula, saya akan upload artikel berkenaan fakta unik dan pengalaman saya..Ok??Setuju??


Siapa disini semasa tidur atau bangun tidur, terasa seperti tidak boleh menggerakkan badan dan kaku? Bagi kebanyakan masyarakat, fenomena ini sering dikaitkan dengan perkara-perkara mistik..Ada yang menganggap fenomena ini terjadi apabila 'Makhluk halus/jin/syaitan sedang menindih badan seseorang' sehingga menyukarkannya untuk menggerakkan tubuh badan dan lumpuh sementara..Fenomena ghaib ini bukan sahaja beredar di negara kita malah juga kebanyakan negara global turut mempercayai perkara ini..Namun, teori mistik tersebut tidak hanya sekadar mitos sahaja..Dalam dunia ilmu pengetahuan, para ilmuwan telah menyatakan bahawa fenomena 'lumpuh seketika' semasa tidur atau bangun tidur disebut sebagai 'Sleep Paralysis'..Yupp, Paralysis iaitu Kelumpuhan..

Persoalan pangkalnya ialah APAKAH ITU SLEEP PARALYSIS ?DAN BAGAIMANA IA BERLAKU ?

Menurut penjelasan ilmiah, secara ringkasnya, Sleep Paralysis merupakan kelumpuhan tubuh badan seseorang dan ketidakbolehan untuk bercakap seketika atau selama selang beberapa saat mahupun beberapa minit..
Sleep Paralysis ialah salah satu gangguan tidur dan ia tidaklah berbahaya..

Stastistik menunjukkan bahawa 20% sehingga 45% daripada manusia pernah mengalami Sleep Paralysis dalam hidup mereka walaupun sekali..Fenomena ini berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina mahupun usia..


BAGAIMANA SLEEP PARALYSIS BERLAKU ?🤔

Sleep Paralysis berlaku semasa fasa tidur yang dikenali sebagai fasa  Rapid Eye Movement (REM)..Fasa REM merupakan fasa tidur yang berlaku 90minit sebaik sahaja anda terlelap tidur..Dalam fasa ini, anda akan mengalami mimpi..Otak anda juga akan aktif semasa fasa ini.

Dalam fasa ini juga, otak akan menghantar isyarat(impuls) untuk melumpuhkan seluruh anggota tubuh badan misalnya tangan dan kaki serta otot-otot semasa mimpi...
Itu sememangnya merupakan mekanisme otak semasa tidur dan sebaik sahaja mencapai fasa REM..

Pendek kata, semasa fasa REM, otak akan menyahaktifkan fungsi otot dan anggota tubuh badan misalnya tangan dan kaki..Apabila anda terbangun secara tiba-tiba dalam fasa REM ini, otak anda belum bersedia untuk menghantar isyarat elektrik (impuls) keseluruh badan untuk mengaktifkan fungsi anggota badan dan otot

ldan apabila hal ini terjadi, maka anda akan terasa seakan-akan lumpuh sementara..Inilah yang dimaksudkan dengan Sleep Paralysis..Dalam fasa ini, seseorang itu akan mengalami kesukaran semasa bernafas..

Malahan, ada juga yang mengaku 'terlihat halusinasi seperti bayangan hitam' semasa fenomena Sleep Paralysis??Sebenarnya, hal tersebut merupakan bayangan anda semasa mengalami mimpi yang dianggap sebagai halusinasi sebaik sahaja anda terbangun daripada tidur..

Menakutkan Bukan??Meremang bulu roma saya..😨😨

Selain itu juga, Sleep Paralysis juga terjadi apabila anda tidur cukup tidur dalam sehari..
kajian juga menunjukkan bahawa seorang kanak-kanak harus tidur sekurang-kurangnya 7-8jam sehari dan seorang dewasa pula seharusnya tidur sekurang-kurangnya 6-7jam sehari..

Rutin tidur yang tidak seragam atau tidak teratur, posisi tidur yang salah serta faktor genetik merupakan antara penyebab lain berlakunya Sleep Paralysis..

Jangan takut, fenomena ini 100% tiada kaitan dengan perkara mistik apalagi makhluk halus..Itu cuma hanya mitos tak berasas..Sains telah membuktikannya, cuma kita saja yang perlu mencari tahu serta menyelidiki kebenaran akan sesuatu perkara yang tersebar meluas bukannya hanya sekadar hentam kromo mempercayai akan sesuatu mitos yang beredar luas sehingga mitos tersebut menghantui kita selama ini..

[IKLAN SEBENTAR]hehe😂😂:)

APAKAH SOLUSI UNTUK MENANGANI SLEEP PARALYSIS ??

Sebenarnya, sungguh banyak cara/solusi untuk menghindari Sleep Paralysis😂😂..Hmm!!

Kalau menurut saya, Sleep Paralysis ini hanya sementara sahaja..Jadi, solusi yang terbaik ialah tunggu sahaja sehingga ia pulih semula..Betul tak?xD..Namun demikian, terdapat juga teknik dan pendekatan lain yang boleh dipakai..

Apabila anda mengalami fenomena ini semasa tidur, cubalah sedaya upaya untuk memaksa diri anda untuk menggerakkan sedikit demi sedikit jari-jari tangan serta kaki anda..Cubalah untuk melawan diri anda tersebut!

Berkemungkinan besar, anda akan terasa sesak nafas sebentar, seboleh-bolehnya kawal pernafasan anda..Tarik nafas sedalam-dalamnya dan hembus..

Seperti yang sudah diutarakan awal tadi, tidur yang cukup itu sangat signifikan untuk menjamin kesihatan tubuh badan..

Maka, dengan itu rutin tidur yang teratur serta tidur yang berkualiti juga diyakini dapat mencegah berlakunya fenomena Sleep Paralysis..
Sebaiknya tidurlah awal setidaknya sebelum pukul 12am..(Untuk tips tidur dengan efektif/cepat anda bolehlah membaca artikel saya tempoh hati)

Pastikan juga suasana tempat tidur anda nyaman dan selesa..Suasana yang nyaman akan menggalakkan tidur yang lena dan berkualiti

Hindari juga makanan beberapa jam sebelum anda pergi tidur dan meminum minuman berkafein yang boleh menjejaskan rutin tidur anda..Elakkan tabiat buruk misalnya meminum alkohol dan merokok..

Jadi guys, itu sahajalah perkongsian saya berkenaan sleep paralysis..Bagi anda yang tertanya-tanya kenapa saya membahas topik ini kerana baru-baru ini saya pun pernah juga terkena fenomena..Seram memanglah seram broo, apa taknya, badan keseluruhan semacam lumpuh..Tiada sepatah pun istilah untuk mengungkapkan ketakutan semasa Sleep Paralysis...
Cukuplah sudah dengan mentaliti karut-marut itu..Tiada unsur mistik dalam fenomena tersebut:)😂

So guys, tetaplah bersama saya untuk lebih banyak update info, perkongsian serta fakta unik yang lain..



Sekian, Terima kasih..😘