Thursday 30 August 2018

5 cara alam semesta akan berakhir (Teori Pengakhiran Alam Semesta)






Hi guys..Bersua lagi dalam blog saya 'PencintaIlmu'..Topik kita pada kali ini berkenaan alam semesta ataupun 'universe'..Kita semua merupakan penduduk bumi, bumi merupakan penduduk sistem suria,sistem suria pula penduduk galaksi bimasakti dan sekumpulan galaksi merupakan alam semesta kita yang sangat sangat tak terhingga luasnya..Mungkin kita semua sudah tahu bahawa alam semesta ini terbentuk melalui ledakan besar ataupun Big Bang 13.7 Juta tahun yang lalu, namun persoalannya,bagaimana alam semesta ini akan berakhir??
Terdapat beberapa teori pengakhiran alam semesta yang sudah dikaji oleh sekumpulan ahli kosmologi,ahli fizik teori dan ilmuwan..Gagasan yang dikemukan oleh para ilmuwan dan cendakiawan hanyalah sekadar teori dan prediksi berdasarkan kajian saintifik..Berikut merupakan 5 teori dan hipotesis yang menjelaskan berakhirnya alam semesta kita..




1)Heat Death/Big Freeze



-Pernah dengar tak apa itu Big Freeze?Hmm,Freeze?Beku?Yup!Big Freeze merupakan salah satu keadaan yang menjelaskan bagaimana alam semesta bakal berakhir.Sehingga kini,alam semesta kita masih lagi berkembang dan terus berkembang seiring masa..Bagaimana kalau alam semesta berkembang dengan kadar yang sangat laju?🤔🤔

Itulah yang para ilmuwan maksudkan dengan kejadian kiamat yang satu ini, yakni Big Freeze..Apabila alam semesta 'universe' terus berkembang sangat laju daripada sekarang, dalam keadaan ini, segala galaksi, planet-planet, bintang akan berada sangat jauh antara satu sama lain dan tidak dapat dilihat oleh 'Kita' kerana cahaya tidak akan pernah sampai ke sana..

Bayangkan saja, kalau kita semakin jauh dengan galaksi dan bintang-bintang misalnya matahari, pasti keadaan akan semakin sejuk kan?Hmm,so pada peringkat ini, alam semesta akan kehilangan haba, semakin sejuk dan semakin sejuk seterusnya suhu alam semesta akan mencapai suhu sifar mutlak(0 kelvin)..Pada suhu 0 kelvin, atom-atom akan berhenti bergerak, maksudnya alam semesta akan freeze..😂



2)Big Rip



-Big Rip ini sebenarnya hampir sama sebagaimana berlakunya kejadian Big Freeze..Namun Big Rip ini agak ekstrem sikit..Bagaimana tidaknya, alam semesta akan berkembang dengan lebih ekstrem dengan lebih pantas daripada semasa kejadian Big Freeze.Hal ini disebabkan oleh kewujudan Tenaga Gelap 

Masih tidak faham? (tonton disini:https://m.youtube.com/watch?v=QAa2O_8wBUQ)

Galaksi,bintang dan planet akan semakin jauh antara satu sama lain dan kewujudan tenaga gelap yang cukup kuat ini sehingga kekuatan graviti tidak dapat menjangkaui galaksi-galaksi dan seluruh jagat raya akan menyebabkan molekul-molekul dan atom alam semesta berkecai/hancur kepada serpihan..



3)Big Crunch



-Cuba teka bagaimana Big Crunch berlaku??Kalau dalam teori Big Freeze dan Big Rip, alam semesta mengalami pengembangan, namun hal ini bertentangan dengan teori kiamat yang satu ini (Big Crunch).Alam semesta tidaklah mengembang sebaliknya akan berhenti mengembang dan seterusnya mengecut.
Oleh sebab alam semesta kita semakin mendekati antara satu sama lain dan semakin mengecut, maka terjadilah pelanggaran antara galaksi-galaksi..

Hal ini menyebabkan jirim(partikel) di alam semesta akan tertarik antara satu sama lain dan semakin padat, ada kemungkinan menyebabkan terjadinya BLACKHOLE(LOHONG HITAM)..



4)Big Bounce



-Antara semua jenis pengakhiran alam semesta, yang ini merupakan suatu berita gembira(Maybe😁)..Dalam hipotesis Big Bounce, ia merupakan suatu kitar penciptaan  semula alam semesta yang mengalami pengembangan dan pengecutan yang tak terbatas..Bermula daripada Big Bang, mengalami pengembangan dan seterusnya diiringi oleh pengecutan iaitu proses Big Crunch, akhir sekali terjadi lagi semesta baru..


Siapa tahu, alam semesta yang kita duduki bukanlah yang pertama..MUNGKIN alam semesta kita telah mengalami kitar Big Bounce selama ini...



5)Vacuum Decay (Big Slurp)



-Kemusnahan alam semesta melalui 'Vacuum Decay' amatlah mengerikan antara kesemua bentuk kiamat diatas..Mengapa??Apa tidaknya, vacuum decay ini boleh berlaku sekarang, dan mungkin kita tidak sempat untuk bertaubat sekalipun alam semesta musnah sekelip mata..Jika dibandingkan dengan kejadian Big Rip,Big Freeze dan lain-lain, kemusnahan ini berlaku berbillion-bilion tahun dari sekarang..Proses tersebut mengambil masa yang sangat sangat panjang untuk berlaku..

Jadi, bagaimana Vacuum Decay berlaku?Kejadian ini ada kaitannya dengan 'Higgs Field'..Sebenarnya Higgs Field ini merupakan topik yang sangat susah difahami kerana ia berkenaan dengan kuantum fizik..Apa kata saya ringkaskan sedikit..

Higgs Field sebenarnya memberikan jisim kepada zarah-zarah asas..Untuk itu kita perlu memahami 2 prinsip:

1)Setiap benda mempunyai tingkat tenaga (energy level) yang tersendiri..Misalnya objek yang tinggi mempunyai tingkat tenaga keupayaan yang tinggi..

2)Setiap benda cenderung untuk bergerak kearah kestabilan iaitu ke kawasan paling rendah yang boleh dicapai..Singkatnya, semua benda yang mempunyai tenaga yang tinggi adalah tidak stabil dan benda itu harus menyingkirkan tenaga tersebut untuk stabil.Inilah yang disebut 'keadaan vacuum'(vacuum state)..Bukannya vacuum diruang angkasa ok..Vacuum yang ini berbeza..😂
Semua benda dialam semesta cenderung untuk berada pada tingkat tenaga yang paling rendah KECUALI higgs field..Higgs field ni tidak stabil tapi 'cenderung untuk hendak stabil' (metastable)...Pendek kata higgs field ni seperti 'pura-pura mau stabil' tapi tidak stabil...Atau apa-apa lah yang sewaktu dengan nya..

Inilah yang para ilmuwan sebut sebagai 'false vacuum'.
Higgs field diibaratkan seperti sebuah rumah yang dilumuri oleh gasolin..Sepercikan api akan menyebabkan kebakaran yang besar..
Anggaplah, higgs field itu seperti sebiji bola disebuah lurah..Lurah tersebut mungkin bukan merupakan titik terendah bagi higgs field tersebut..Berkemungkinan besar, higgs field ini hendak untuk 'menempuh' titik yang paling rendah pada lurah tersebut untuknya stabil..Something like that laa😂!!

..Maksudnya, higgs field ini mempunyai tenaga keupayaan yang sangat sangat tinggi..

Sepertimana percikan api dengan gasolin yang telah saya contohkan tadi, kewujudan 'kuantum tunneling' akan menjadi pencetus untuk membebaskan keseluruhan tenaga keupayaan higgs field tesebut...Hal ini akan membebaskan jumlah tenaga yang cukup besar, sangat kuat untuk memusnahkan satu alam semesta..
Namun, segelintir ilmuwan ada yang menolak teori dan hipotesis ini..(Nak lebih faham?Nonton disini:    https://www.youtube.com/watch?v=ijFm6DxNVyI&app=desktop)

Kesimpulannya, daripada kelima-lima bentuk kemusnahan alam semesta, para ilmuwan percaya bahawa suatu hari nanti, berbilion tahun akan datang, 'Big Freeze' mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk berlaku..




Sebenarnya, masih banyak lagi misteri alam semesta yang kita malah ilmuwan dan pakar bijak pandai turut tidak mengetahuinya..Jadi, itulah antara gambaran bagaimana alam semesta kita akan kiamat(musnah)..Walau apapun, itu hanya sekadar teori dan hipotesis para ilmuwan..Namun, ada baiknya untuk kita mempersiapkan diri sebelum apa-apa bentuk bencana berlaku..Thank You..😘😘


No comments:

Post a Comment