Sunday 26 August 2018

Apa Itu Cinta Dan Kenapa Anda Jatuh Cinta?




Hi guys,bersua lagi dalam blog saya 'PencintaIlmu'..Ini kali saya akan sentuh berkenaan topik yang kita semua familiar sekali..

Sememangnya, kita semua tidak asing lagi mendengar atau mengucapkan perkataan C-I-N-T-A,Yes CINTA..Saya yakin setiap daripada kita malah kesemua kita sudah pernah mengalami bagaimana 'rasa'nya CINTA itu, sama ada pahit ka,masam ka,atau manis..Ada daripada kita hanya cinta monyet, ada juga yang kononnya menganggap 'Dialah Cinta Terbaikku', 'Dialah Yang Pertama dan Terakhir Buatku' dan sebagainya.Meluat juga saya dengar tu ayat-ayat đŸ¤ĸđŸ¤ĸđŸ¤ĸ.Bercakap mengenai cinta, tahukah kamu maksud CINTA itu sendiri??

Dikutip daripada Wikipedia, cinta merupakan suatu ukuran perasaan atau emosi seseorang daripada kasih sayang yang sungguh mendalam serta kuat,lahir daripada hati yang tulus dan menunjukkan ketertarikan terhadap sesuatu(berupa manusia, objek, haiwan, tumbuhan dan sebagainya),menunjukkan keserasian,sanggup berkorban, mempunyai rasa empati/simpati terhadap seseorang dan sanggup menolongnya dalam apa jua situasi yang berlaku.Perasaan cinta ini boleh ditunjukkan melalui kelakuan,emosi/perasaan, persepsi dan sikapnya terhadap seseorang yang dicintainya.

Secara umumnya,perasaan cinta merupakan perasaan yang abstrak sehingga tiada satupun kombinasi ayat yang mampu mendefinisikan erti kata lain bagi cinta secara tepat dan akurat...Segelintir daripada kita, terutamanya para generasi muda bangsa, seringkali menyalahtafsirkan konteks CINTA ini..Ada yang menganggap bahawa CINTA hanyalah melibatkan dua orang pasangan girlfriend dan boyfriend bercouple dan itulah dia cinta..Hakikatnya,CINTA itu lebih daripada bercouple dan hanya berperasaan 'Cinta Monyet'..
Pada kesempatan kali ini,saya akan berkongsi tentang maksud sebenar daripada CINTA dan kenapa anda boleh dilamun CINTA terhadap seseorang..


Terdapat beberapa jenis cinta yang ditakrifkan menurut masyarakat Yunani Kuno:

1)Eros
-Eros merupakan perasaan cinta yang romantik serta melibatkan ghairah nafsu seksual dan mempunyai ketertarikan yang tinggi terhadap pasangannya itu sama ada pasangan suami isteri mahupun pasangan 'couple couple'..Perasaan cinta eros lebih mementingkan sifat fizikal seseorang sahaja..Sebab itu banyak yang 'terjerumus' dalam kancah negatif misalnya pergaulan bebas, seks sebelum kahwin dan sebagainya akibat perasaan cinta eros..


2)Philia
-Perasaan cinta dan kasih Philia boleh ditafsirkan sebagai cinta terbatas hanya sebagai rakan/kawan/sahabat sahaja.Kedua-dua pasangan yang sama atau berbeza dari segi jantina mempunyai ikatan persahabatan yang erat, sehingga mempunyai sifat saling mempercayai antara satu sama lain dan sanggup berkorban demi rakan tersebut..Dalam perasaan cinta Philia,nafsu serta ghairah seksual tidak terlibat.


3)Agape
-Jenis cinta yang seterusnya ialah Agape..Antara kesemua cinta, Agape merupakan cinta yang TERpaling teragung.Agape merupakan perasaan cinta dan kasih terhadap Tuhan..Agape juga boleh diertikan sebagai 'charity' atau derma.Contohnya,dalam konteks Kristian, Agape merupakan 'Kasih daripada Anugerah ..Ini boleh ditunjukkan apabila seseorang sanggup sengsara, sanggup terseksa malah mengorbankan nyawanya demi orang lain tanpa mengharapkan timbal balik..


4)Storge
-Bagi cinta jenis storge merupakan cinta terhadap  ibu bapa(orang tua), keluarga sama ada adik beradik,kakak,abang,cousin dan sebagainya..Maknanya, cinta jenis storge memang sudah tumbuh sejak kita lahir ke dunia ini.Well,cinta jenis ini saya rasa sudah biasa kita rasai dan alami antara ibu bapa serta adik beradik kita😁😁..


5)Philautia
-Cinta yang seterusnya ialah berbentuk Philautia merupakan cinta terhadap diri sendiri.Apabila wujudnya perasaan cinta terhadap diri sendiri, maka kita akan sentiasa menghargai diri kita dan tidak akan mencemarkannya dengan perbuatan yang buruk..Kita juga akan sentiasa mempunyai motivasi diri yang tinggi serta mempunyai keyakinan diri yang mapan.Terdapat dua jenis cinta Philautia iaitu, yang positif dan negatif..Yang positif saya sudah tampilkan diatas,manakala yang Philautia yang negatif apabila seseorang terobsesi atau fokus akan kepuasan diri serta kekayaan duniawi dan bersifat materialistik..


6)Ludus
-Secara singkat,Ludus merupakan cinta 'acah-acah' sahaja dan tidak serius..Cinta main main lah secara simple..Hmm,kalau ada perempuan/lelaki yang buat pick up line sama kamu, jangan perasaan lebih dahulu ok maybe itu hanya CINTA LUDUS..😂Cinta jenis ini selalunya berlaku dalam pergaulan seharian mahupun dalam jaringan media sosial yang sering berlaku..Boleh diertikan bahawa Cinta Monyet merupakan satu bentuk cinta Ludus lah..hehe😆


7)Pragma
-Untuk jenis cinta yang terakhir ini, saya takrifkan sebagai 'Cinta Sehidup Semati'..Maka,dialah pendampingku selama-lamanya dan berkekalan abadi..Inilah yang dinamakan CINTA SEJATI..Cinta jenis Pragma boleh ditunjukkan melalui pasangan suami isteri yang sudah berpuluhan tahun berkahwin dan masih betah bersama sebagai satu pasangan yang serasi.Asas cinta ini ialah melalui perkahwinan dan menempuh Cinta Eros sehinggalah dalam tempoh masa yang panjang, persefahaman terbentuk antara pasangan tersebut membuatkan mereka lebih serasi dan hubungan mereka bertahan lama bagaikan benteng sekukuh tembok besar China..
So guys,apa yang lebih penting dalam hubungan CINTA ini adalah kesefahaman antara pasangan..Hubungan rumah tangga boleh saya analogikan sebagai susunan struktur domino,goyahnya sebuah domino nescaya,akan membinasakan keseluruhan daripada strukturnya dan itulah kita sebut sebagai perceraian..


Itulah antara definisi cinta berdasarkan masyarakat Yunani Kuno..Diharapkan melalui penerangan diatas dapat mengubah paradigma kamu semua tentang CINTA dan meluruskan fahaman kamu..

Bercerita mengenai cinta,sememangnya Cinta Itu Buta..Cinta tak mengenal usia tua mahupun muda..Namun,persoalan pokoknya ialah bagaimana anda,saya dan orang lain boleh dilamun cinta terhadap seseorang?

Hal ini sebenarnya dengan singkat boleh dijelaskan secara sains neurologi..Perasaan cinta yang kononnya 'mendalam' itu sebenarnya wujud disebabkan terdapatnya hormon yang membanjiri bahagian otak kita..Hormon ini disebut oxytocin dan vasopressin.

Struktur Kimia Vasopressin

Struktur Kimia Oxytocin



Bahagian-bahagian otak manusia


Apabila kedua-dua hormon ini dirembeskan dibahagian otak yang dikenali hipotalamus,secara tidak langsung menggalakkan penghasilan hormon dopamine..

Struktur Kimia Dopamine


Dopamine merupakan hormon neurotranmitter dalam otak kita...Singkat,hormon dopamin ini memberikan efek ketagih yang sangat tinggi akan seauatu misalnya ketagih main game,ketagih dadah,obses dengan artis K-pop malah ketagih kepada si Dia yang tercinta..wkwk..Hal ini yang mana menyebabkan kita terbayang-bayang akan wajahnya setiap masa sehingga dibawa-bawa dalam mimpi sekali..Sehinggakan makan tak kenyang,tidur tak lena dan mandi tak basah...Cehh Merepekk lahh!!😂😂..


So,guys sepertinya saya suda panjang lebar menjelaskan berkenaan CINTA Yang Sebenarnya..Ingatlah, CINTA itu bukan sekadar memuaskan hawa nafsumu sahaja atau sekadar mendapatkan 'Status' couple semasa sekolah mahupun sekadar mendapat populariti dalam lingkungan rakan-rakan disekolah atau dimana mana sahaja dan sebagainya..Malahan,CINTA itu lebih daripada yang dimaksudkan diatas..Cinta yang tulus,ikhlas dan sejati mempunyai pengorbanan serta kesefahaman yang kukuh antara pasangan..
Bagi saya, cinta itu sungguh kompleks sekali untukku perkatakan dan sulit ku ungkapkan dalam ayat-ayat ku....Namun menurut saya cinta merupakan bukti daripada ucapan 'I love you' yang diluahkan kepada si Dia, bukannya hanya sekadar janji palsu dan tidak bererti apa-apa!!😎

Stay tuned with me for more uploads and interesting facts..Berjumpa lagi pada artikel yang lain..Byee!

3 comments: