Friday 17 August 2018

Channel Youtube Yang Bakal Membuat Kamu Genius

Hi guys.....Huhhh....lamaaa tak bersua..btw quota saya dah habis tulah tu tak dapat upload blog sepanjang selasa hingga jumaat....Ni hari sabtu baru dapat quota freee...So lebih baik saya manfaatkan untuk benda yang lebih berguna daripada menonton youtube tah apa-apa dan bermain online game yang hanya membazir kuota saja kan...wkwkk..Alang alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan..Usehh....Ok baiklahh,topik kita pada pagi ini ialah 'Channel youtube yang bakal membuat anda pintar'..Tempoh hari,saya dah upload berkenaan aplikasi yang membuat anda pintar tapi ini kali saya upload berkenaan channel youtube yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan..
Penggunaan youtube sememangnya amat meluas dan global diseluruh dunia...Maklumat-maklumat yang dahulunya diperoleh melalui media cetak misalnya surat khabar kini diperoleh hanya dihujung jari sahaja..Entah melalui jaringan sosial,E-news mahupun youtube..'Telefon pintar memang pintar namun pintar kah anda'??😂😂😂Elehhhhh berkata kata lagi ni orang..

Tanpa membuang masa berikut ialah senarai channel yang amat berguna dan mampu menambah ilmu pengetahuan..Check this out😎


1)Khan Academy
>7,103 Videos
>4,157,474 Subscribers
>Total Views:1,566,477,241


Khan Academy


Pada blog sebelumnya saya suda membahas tentang aplikasi Khan Academy.Sedikit pengenalan,Khan Academy merupakan organisasi pendidikan tak berbayar(non-profit education) yang diasaskan oleh Salman Khan..Objektif penubuhan  Khan Academy ialah untuk menyediakan pendidikan kelas dunia(World Class Education)kepada sesiapapun dan dimana saja , menyediakan alternatif kepada pelajar lain untuk belajar pelbagai subjek secara efektif dan interaktif...Mata pelajaran yang disediakan dalam kursus online mereka ialah matematik,kimia,biologi,fizik,economy dan sebagainya lagi..So memang best la sebab anda boleh akses berbagai-bagai jenis notes dan exercises dalam satu aplikasi..Tapi silibus yang mereka guna of course la USA..wkwkkw😂😂..but takpe,mungkin pendidikan mereka advance sikit..So atleast you guys boleh belajar benda advance melalui channel Khan Academy..Pada hemat saya,channel Khan Academy,memang saya 200% sokong dan memang saya suka lahh dari segi cara presentation,tampilan background video yang bermotifkan pengunaan skrin hitam,dan penjelasan yang solid,, confirm u guys jatuh cinta dengan nii channel..Nak tau kenapa?😂Channel ini menyediakan pelbagai jenis pembelajaran melalui media youtube..Yang paling penting ,penjelasan mereka amatlah ringkas,padat dan tepat iaitu mudah dicerna dan difahami berbanding penjelasan yang panjang lebar meleret,tah ke mana arah tuju..Percuma jer mulut berbuihh explain panjang² tapi tak faham kan??Anyway,memang best lahh,memang sesuai bagi korang yang nak revise balik topik-topik subjek yang cikgu dah cover...Mungkin kamu orang masih 'blurr' lagi akan sesuatu subjek..So channel ini memang amat di cadangkanlah bagi anda...Saya sendiri secara peribadi membuat revision melalui channel ini dan ianya sememangnya bagus dan memuaskan secara keseluruhannya..
            'You Can Learn Anything'
                    ~Khan Academy


(BAGI SESIAPA YANG MECINTAI SAINS)
2)minutephysics(Subs:4.4M) , Vsauce(Subs:13.5M) , AsapSCIENCE(Subs:8.1M)


minutephysics

Vsauce

AsapSCIENCE



Untuk poin ke-2 saya berikan kategori sebagai channel sains...Saya sengaja selitkan 3 channel dalam satu poin kerana mereka hampir serupa dan sememangnya ketiga-tiganya amat bermanfaat...Walaupun nama channel tersebut berbeza namun objektif penyampaian ialah sama iaitu berkaitan sains..Baiklah saya akan bahas setiap satunya secara ringkas Ok?😁
Untuk minutephysics,channel ini memang spesifik bahas tentang fizik lah..Keunikan channel ini ialah fakta-fakta sains disampaikan secara time lapse visual(lukisan) dan secara verbal yang mana amat jelas dan mudah difahami..

Channel yang selanjutnya ialah Vsauce yang membahas hampir keseluruhan bidang sains(fizik,kimia,biologi)..Bezanya,channel ini menerangkan akan sesuatu fakta secara verbal.Bagi mereka yang suda familiar dengan channel kamurang mesti kenal dengan Michael Steven..Yup,siapa lagi kalau bukan pengasas channel ini sendiri dan acapkali tampil disetiap videonya memberikan penerangan berkenaaan fakta sains yang menarik...Antara video yang paling famous dan memperoleh views terbanyak ialah  Is Earth Actually Flat?,Which Way Is Down dan banyak lagi??Nak tau selanjutnya,baca poin seterunya guys..😋😋

Bagi channel AsapSCIENCE pula,channel ini khususnya membincangkan tentang sains biologi dan psikologi..Ringkasnya,channel ini membincangkan tentang fungsi tubuh badan,gaya hidup sihat,stres,psikologi,dan sebagainya..Antara video yang paling banyak view untuk channel ini ialah 'Do you hear Yanny or Laurel,Which came first-the chicken or egg,How to learn faster,Smoking vs Vapping,dan lain-lain...


(BAGI YANG MENCINTAI MATEMATIK)
3)Numberphile(Subs:2.5M) , MindYourDecisions(Subs:802K) , Mathologer(Subs:332K)


Numberphile

MindYourDecisions(MYD)

Mathologer



Cuba teka ketiga-tiga channel diatas pasal apa??Hehe😂😂..Kalau anda teka pasal 'Matematik' and you're right ..Sekali lagi kita ada tiga channel kembar yang membahas perkara yang sama iaitu Maths..
'Math Is Boring' , 'Math Is Bad' , 'Math Is hard'
Itulahh antara statement negatif berkenaan math..Percayalah dengan hadirnya channel ini , mata kamu akan terbentang luas dan mengakui keindahan matematik tanpa anda sedari sebelum ini..Mehh,,saya bahas sedikit tentang channel Numberphile dan Mathologer ...
Okay!!Kedua-dua channel ini khususnya membincangkan tentang masalah matematik yang amat susah/sukar dipecahkan entah itu calculus problem,algebra problem,geometric problem ,arithmetic mahupun trigonometri problem,semuanya lengkap guys serta membuktikan teorem-teorem matematik misalnya Riemann Hypothesis,Riemann Zeta Function,Euler's Pi(π) Product dan sebagainya..Memang best la sebab mereka menjelaskan teorem matematik secara precise dan terperinci..
Dan bagi channel MindYourDecision pula..Hmm,kedengaran macam bukan channel maths kan?But hakikatnya channel ini membincangkan tentang math puzzle,brain teaser,math riddles dan math problem yang sedang viral diseluruh dunia yang akan 'Blow Your Mind'..Huhu..So bagi sesiapa yang amat mencintai matematik itu,maka ini merupakan channel yang harus anda support dan nonton..


4)5-Minute Crafts
>2000 Videos
>30,780,782 Subscribers
>Total views:7,965,593,387


5-Minute Crafts


Adakah anda suka dengan kerja-kerja menghias?Lifehack dan Do it yourself(DIY),maka channel ini adalah pilihan anda..Walaupun nama channel ini ialah 5-Minute Crafts namun video yang disampaikan bukanlah 5minit pun..Adakalanya video tersebut berdurasi  antara 10minit dan 20minit lebih..But overall,channel ini saya akui memang sangat creative dengan idea lifehack yang bijak dan 'genius'..Daripada lifehack cara-cara memasak yang betul,peralatan menghias sehinggalah mengubahsuai pakaian dan peralatan lain yang amat bermanfaat..Tak percaya?Saksikan sendiri guys,cakap banyak tak guna kan?hehe😂😂


5)NASA
>4,463 Videos
>2,542,771 Subscribers
>Total views:182,270,532

NASA




Adakah anda meminati bidang astronomi?Ketahui lah pelbagai pengetahuan berkenaan luar angkasa melalui channel yang satu ini..Channel ini secara umumnya memaparkan ekplorasi luar angkasa di ISS(International Space Station)..Bagi kamu yang nak tau sangat keadaan serta kehidupan angkasawan didalam ISS,maka inilah channel yang anda cari-cari selama ini..Selain itu juga,NASA turut menyediakan paparan Live untuk membolehkan anda melihat bumi dari ISS..Maka,bukalah mata hati anda dan percayalah bahawa bumi itu bulat bukan datar..wkkwkwk😋😋


6)Primitive Technology
>39 Videos
>8,591,074 Subscribers
>Total views:606,730,583


Primitive Technology


Dari nama channel mesti dah tau kan konten pasal apa...Channel ini sesuai bagi sesiapa yang mempunyai hobi mencipta peralatan didalam hutan belantara tanpa adanya teknologi dan peralatan moden..Channel ini dikendalikan oleh John Plant yang seakan-akan hidup seperti pada zaman primitif di hutan belantara di Queensland Australia..Well actually dia taklah hidup kat hutan tu sebenarnya pun ..Channel ini hanya sekadar  memberikan tunjuk ajar untuk membuat peralatan memburu,membuat api,tempat perlindungan(shelter),serta cara memasak didalam hutan hanya menggunakan bahan-bahan yang tersedia didalam hutan saja..Woww...Channel ini sangat bermanfaat untuk menambah pengetahuan asas apabila berada didalam hutan kalau-kalau tersesat..So bolelah aplikasikan teknik-teknik yang diajarkan dalam channel ini..huhu😉😉


7)Lectures by Walter Lewin.  They will make you ❤️ Physics
>520 Videos
>248,916 Subscribers
>Total views:13,215,846


Lectures by Walter Lewin.  They will make you ❤️ Physics.



Okay untuk channel yang terakhir ini memang saya amat suka lah thats why saya letak sebagai poin terakhir supaya boleh bahas sedikit sebanyak..Channel ini dikendalikan oleh Prof.Walter Lewin daripada Massachusetts Institute of Technology(MIT)..Channel ini memaparkan video berkenaan topik-topik fizik berasaskan pembelajaran di MIT..Well,MIT merupakan antara Institute di USA yang terbaik dan terkenal di seantero  dunia..Secara peribadi,syarahan(lectured) yang dikemukakan oleh Prof.Walter amatlah jelas dengan konsep yang mudah difahami..Sebelum ni,saya sangkakan,konsep physics amatlah susah dann 'menyakitkan kepala otak'..Namun,bagi saya pendekatan dan penjelasan dia amatlah terang dan sangat jelws walapun silibus yang diajarkan merupakan tahap University..But pembelajaran serta konsep nya tak beza sangat dengan Physics Menengah Atas(SPM level)..Walaupun penjelasannya agak laju(memang begitulahh cara pembelajaran di universiti),tapi korang bolehlah rewind tu video berkali-kali sehingga faham kan??...Hehe😉..Serius,once kamu nonton a whole lecture(a video) yang selalunya berdurasi lebih kurang sejam,memang kamu akan immediately love sama physics..
Prof Walter turut membuatkan physics semakin menarik dengan menghadirkan mahasiswa/i  eksperimen  berdasarkan topik yang dibincang..Woww mesti syok dapat Professor Physics yang exciting kan?😎😎
Channel ini secara keseluruhannya menyediakan pelbagai topik fizik misalnya Classical Mechanic,Electricity and Magnetism,Vibration and Wave,Force and Pressure dan lain lain..Channel ini juga menyediakan assignment serta exam review bagi matapelajaran physcis..Hmm,dah cukup baik dahh prof.Lewin menyediakan bahan pembelajaran serta rujukan physics di Youtube bukan saja kepada para siswa/i MIT malah kepada seluruh dunia yang menyaksikan Channel nya..Saksikanlah guys..You will love physics after watching it as well as I did..😋😋👍

Hmm,nampaknya sampai sini sahajalah coretan saya berkenaan channel youtube yang membuat anda pintar..Actually banyak lagi channel yang serupa seperti yang saya mention diatas,but kalau nak mention semua,huhh mesti tak akan habis-habis coretan saya kan..So channel diatas merupakan antara channel yang saya frequently watched and bagi saya kesemuanya amat bermanfaat dan sangat bagus...So apa tunggu lagi,ilmu dihujung jari....Marilah kita menuntut ilmu untuk bekalan masa hadapan..😋Stay tuned for more interesting articles guys..Thank you❤️

1 comment:

  1. aku rindu akaun blogspot lama saya .. Padahal sudah lumayan banyak artikel yang kena post :(((((

    ReplyDelete