Sunday 12 August 2018

Pengalaman Saya Bekerja Di RestoranšŸ˜Ž

Ok guys...Good evening...Bersua lagi kita di blogsite saya 'PencintaIlmu'..Ni kali saya nak share sedikit pengalaman saya pernah bekerja sambilan di sebuah restoran pada tahun lalu sempena cuti akhir tahun..Bagi korang yang nak tahu sesusah mana mencari 10sen itu,inilah tempat yang anda tercari-cari atau bagi kamu yang ingin mengetahui cabaran-cabaran dalam dunia pekerjaan
Sebenarnya,beberapa minggu sebelum cuti panjang akhir tahun tu bermula,memang sudah terlintas dalam fikiran nak cari 'kerja-kerja' sambilan...Time tu saya form3 so ada terfikir jugalah untuk tahun depan nak cari sedikit duit untuk beli buku rujukan form 4 serta buku latihan..Tak nak jugalah,sikit-sikit nak bebankan ibu bapa,kami ni bukan la orang berada punn....Lagipula,takanlah sepanjang cuti tu nak berperap jak kat rumah..Pulang kampung pun kalau nak dekat-dekat perayaan natal saja..So,memang entirely boring laa kat rumah cuti sebulan lebih tu...Semasa bekerja tu,bolelah jugaa timba pengalaman dalam dunia pekerjaan dapat rasa sedikit susah payah dan penat-lelah ibu bapa yang selama ini berusaha separuh mati mencari nafkah untuk anak-anaknya dirumah...
So time first week cuti tu,cari-cari kerja..Round-round kawasan sekeliling penampang(tempat tinggal saya)..Round punya round,aduhh punya la frustrated tak jumpa satu vacancy langsung..Rasa give up nak berhenti tu sememangnya ada..Tapi,syukurlahh,cousin dekat saya dia ni kerja kat restoran juga sebagai pelayan...So restoran mereka ni ada kekosongan pekerja sambilan..Dia pun tanya saya samada mau kerja atau tidak..Tanpa berfikir sejenak,saya langsung menerima tawaran berkerja sambilan itu dengan lurus bendulnya..Bak kata pepatah,'peluang keemasan tu hadir sekali dalam hidup'..Wkkwkwkw...So apa lagi..keesokannya saya pun start bekerja di restoran tersebut..
Nama restoran itu ialah 'Kedai Kopi......' yang nama belakang tu dah lupa..ļ¤£First day memang la excited..Cousin saya suru ready jam 5:30am so kena bangun awal sikit around 5:15am begitu..Then berangkat ke restoran dengan kereta..Taklah jauh sangat pun,1km begitu kot dari rumah saya..Jalan kaki 15minit sampai ..Memang sangat,sangat,sangat excitedlaa...
So first task saya disana,ialah time sampai ja restoran saya kena suruh susun botol lada disetiap meja yang diberi nombor 1-10..so ada 10meja kalau tak silap.That was easy..Disana saya ditugaskan sebagai pelayan..Huh memandangkan saya ni muka tembok..Hehe..Tugas tu memang sesuai sangat dengan kriteria sayaa..First costumer came,jadi saya tanya lah dia..'Cik,mau minum/makan apa'
Then,dari tu tempat saya teriakk laa apa yang pelanggan order,'TEHHH C KURANG MANIS'..Wkwkkw..Awkward tu tak jugalaa..Actually bukan saja mengambil order,malahan saya ni boleh dikatakan multi fungsi..Kalau takda pelanggan dah nak order,so saya akan buat kerja misalnya basuh pinggan,memanaskan pau,pass makannan/minuman ke pelanggan dan cerita² dengan pekerja lain..Wkkw just kidding..Tapi yang paling saya unfamiliar la,nak panaskan pau tu..Susah tu gak..cuma tak biasa la nak adjust api dia...Terus  time mau menentukan mana pau yang suda empuk tu susah...Tapi lama-lama,saya lihat dan belajar bagaimana pekerja lain buat dan saya ikuti dan aplikasikan..Kalau bab-bab basuh pinggan,angkat makanan/minuman tu memang sudah biasa dilakukan di rumah...Tapi,bayangkan saja,kalau kerja-kerja tersebut diulang,diulang dsn diulang berkali-kali dari pukul 6:00am sehinggah 5:30pm..Tidakkah penat leceh dan menyusahkan....Kerja ni bukan sehari dua atau seminggu jak..Saya kerja disana sebulan..So gaji saya pun diberi sebulan time saya start kerja sana...
Pada mulanya,saya fikir bekerja ini adalah sesuatu yang mudah..Mendapatkan nilai wang ringgit itu hanyalah perkara yang mudah..Namun pengalaman bekerja ini mengubah perspektif serta paradigma saya tersebut..Saya sedar,tanpa usaha,kita tidak akan mengecapi kejayaan..Kejayaan tidak datang melayang dek datang bergolek..
Tapi yang paling bikin panas la kan,time mau pulang..Time dekat-dekat jam nak pulang sepatutnya kena happy,ini tak sebaliknya pula..Nak tau kenapa???Time nak pulang tu kena kasih bersih lagi kawasan restoran..Aduhh,lecehhh dan menyusahkan la..Nak kena sapu dan mop lagi aduhh..Yang paling sengsara adalah menyapu..Ishhhh,sakit belakang broooo menyapu,terpaksa tunduk kalau ruangan tak dicapai oleh penyapu..So memang sengsara..Biasa kalau dirumah,rumah tu takla kotor sangat,tak payah la kena sapu dengan daya yang lebih kann???Kawasan restoran tu memang kotor laa..So kena sapu betul-betul dan pastikan tiada sampah yang tertinggal..By the way,boss saya tu agak garang sedikit..But overall dia okay baa juga..Setiap teguran yang dia ucapkan,saya hanya terima dengan hati yang lapang..So,Peace No War..hehe...
Ehemm,kita langkah masa jauh sikit k so,selepas sebulan tu,hehe memang rasa sedih pulaa kerana terpaksa berhenti kijap atas sebab sebab tertentu..Saya kerja kat sana sebulan ja..Sedihnya sebab kerja tu best,mula-mula penat,tapi lama lama seminggu dua apabila otot kaki dan tangan suda biasa,memang rasa penat tu hilang..And then,orang-orang serta pekerja disana tidak kurang baiknya juga..Time menerima duit daripada bos itu memang rasa bersyukur la dan rasa hard work tu paid off..Hasilnya memang lumayan..Tapi tak la sebanyak mana pun..Bolehlah cukup-cukup makan..wkwkkw..Sekarang ni saya dah rasa dah nikmatnya pakai duit sendiri,bukannya daripada orang tuaa...Perasaan syukur tu memang ada sebab wang tersebut hasil keringat sendiri..Cuba kalau ibu bapa yang beri duit kepada kita,memang habis la dalam jangka masa sehari..Sebab tak pandai bersyukur..Hehe...
So guys,thats all la untuk pengalaman saya bekerja disebuah restoran..Best memang boleh tahan best..Artikel ini bertujuan untuk memberikan anda gambaran tentang dunia pekerjaan..Walaupun hanya seorang pelayan,asalkan rezeki itu halal..Yang paling penting halal..Jangan sesekali mengambil duit haram k..Bagi anda yang terfikir-fikir hendak mengambil kerja sambilan pada tahun ini,ia memang bagus sangat dalam membina kesedaran dan rasa bersyukur dalam diri..
'Belum cuba belum tahu'..
Jumpa lagi pada lain masa dan pada coretan yang lain...Ingatlahh,'Bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang hari kemudiannn''..Terima kasihhh!!✌

2 comments:

  1. Terima kasih atas ceritanya... BTW saya bac semua habis... Have a nice day

    ReplyDelete
  2. Nanti saya pun nak mula kerja jugak and environment pekerjaan dia tu so similar dengan op punya so this article really helped me to dapatkan gambaran pasal what I'm gonna get myself into. I'm just hoping that I won't mess up too much nanti AHHAHAHSAHA��

    ReplyDelete