Sunday 12 August 2018

Mengatasi Masalah Susah Tidur(Insomnia)👍

Hi guys bersua lagi kita di blogsite saya 'PencintaIlmu'...Well guys esok Isnin,hari persekolahan..Hehe😂😂Kalau diikutkan pukul 10-11pm harus tidur dahh....Tapi takpela..Alang-alang saya bersemangat dah ni nak menulis blog berkenaan,'Cara mengatasi masalah susah tidur'..




Masalah susah tidur atau insomnia sememangnya tidak asing lagi berlaku dalam kalangan orang dewasa mahupun para muda-mudi..Tidur yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 6jam sehari bagi dewasa dan 7-8jam sehari bagi para remaja dan kanak-kanak adalah hal yang begitu signifikan untuk menjamin kualiti hidup yang maksimum...Segelintir masyarakat masa kini amat memandang sebelah mata akan kepentingan tidur yang efektif..

Sebelum itu,ada baiknya kalau kita mengenalpasti dahulu punca-puncanya insomnia..Setuju guys??😉😉

Terdapat beberapa faktor perdana yang menyumbang kepada masalah susah tidur ini misalnya pengambilan ubatan yang salah,pemakanan diet yang tidak seimbang sebelum tidur,stress atau depresi yang dialami,pengambilan kafein sebelum tidur,perasaan gusar/susah hati serta rutin tidur siang yang terlalu panjang dan tidak konsisten..Persoalan pokok nya,dapatkah masalah susah tidur ini dapat diatasi secara berkesan?Sudah tentu,setiap permasalahan sudah tentu ada solusinya..So jangan risau :)


1.Lakukanlah aktiviti fizikal setiap petang

Guys,untuk poin pertama,saya sendiri sebenarnya sudah mempraktikkan sejak dahulu..Jadi,apa tujuan melakukan aktiviti fizikal??Selain menjamin kesihatan tubuh badan yang malar sihat,aktiviti fizikal merupakan salah satu cara untuk memenatkan diri dan mendorong kita untuk tidur dengan cepat..Cubalah kamu lakukan aktiviti  rutin seperti work out,joging,bermain bola dan sebagainya semasa petang...Pada waktu malam,kamu akan terdorong untuk tidur(mengantuk) sebagai suatu mekanisme tubuh badan untuk mengumpulkan semula tenaga untuk hari esok..Ini merupakan pengalaman saya secara peribadi dan hasilnya memang perfecto👌🏼👌🏼..

2.Jangan mengambil bahan berkafein sebelum tidur!!!😡

Untuk poin kedua ni memang semua sudah tau la kenapa jangan ambil bahan berasaskan kafein seperti kopi,minuman berkarbobat,coklat dan sebagainya..Tapi saya nak tambah sedikit laa poin-poin lagi...Kandungan kafein yang tinggi dalam kopi sememangnya merencatkan mekanisme badan untuk tidur..Kafein merupakan bahan kimia yang biasanya terdapat dalam biji/serbuk kopi,yang mana merangsang penghasilan dopamine yang membanjiri kawasan otak membuakan seseorang lebih aktif dan energetik..Apabila ini berlaku,maka aura-aura nak mengantuk tu akan lenyap lerr..hehehe...😁.So disarankan untuk tidak mengambil kafein 5-6jam sebelum tidur...

3.Pastikan bilik/tempat tidur anda bersih dan nyaman

Tahap kebersihan bilik dan tempat tidur juga merupakan faktor yang mempengaruhi rutin tidur malam seseorang..Keadaan bilik yang kurang kondusif,tidak rapi dan berhabuk menyebabkan seseorang susah tidur..Kenapa?Bayangkan saja,bilik yang kotor dan berhabuk,siapalah dapat tidur?Sanggup lagi tidur ditandas..Wkwkwk🤣🤣..
Sebagai solusi,pastikanlah bilik anda bersih dengan merapikannya seminggu sekali...Kamu turut bolelah menyebur penyegar udara disekeliling bilik kamu untuk hasil yang lebih baik..

4.Hindari alat elektronik

Alat-alat elektronik seperti laptop,computer,dan terutamanya telefon pintar sudah menjadi rakan karib setiap daripada kalangan muda-mudi...Peralatan elektronik merupakan pencetus masalah insomnia..Kalau mau tidur awal kan guys,sejam sebelum tidur,anda seharusnya off handphone kamu dan letak didalam laci berkunci..Ini merupakan suatu jalan penyelesaian bagi anda yang menjadi 'burung hantu' ditengah malam yang khusyuk bermain telefon entah itu video game atau pun lain-lain..

5.Amalkan rutin tidur yang konsisten

Saya percaya,hampir 70% daripada pelajar diMalaysia sebaik sahaja pulang dari sekolah akan terus lelap ditempat tidur sehinggalah jam 12am bangun dan makan?Betul??Kalau jangkaan saya tepat,maka berubahlah kepada rutin yang lebih sihat dan konsisten..Tidur pada siang hari itu bagus sebenarnya,tapi kalau berlebihan sampai bangun jam 12am itu sudah melampau..Kerana,kalau dah bangun jam12am macamna nak tidur semula,nanti esok hari kesekolah kan mengantuk..Sebagai saranan daripada saya,seboleh-bolehnya selepas pulang dari sekolah itu ada baiknya bersihkan dahulu tubuh badan and makan..Kalau rasa nak tidur silakan..Cuma tidur tu sekurang-kurang nya 1-2jam pada siang hari..Setkan alarm@penggera anda untuk mengejutkan anda sejam sejurus itu..

6.Kurangkan pencahayaan bilik

Siapa disini yang susah tidur kerana cahaya yang terlalu terang??Kalau itu sebabnya,easy jer..Kurangkan lah pencahayaan bilik anda..Pakailah mentol atau lampu tidur yang mengeluarkan cahaya yang malap sehingga dapat membangkitkan rasa mengantuk tersebut..Kalau tak puas hati lagi,beli tu penutup mata..Diyakini tidur sekelip mata..Kalau tak puas hati lagi,alang-alang tutuplah terus semua sumber cahaya dalam bilik anda,biar gelap satu bilik..Wkkwkwkw😁😁🤣

7.Jangan makan sebelum tidur

Ok guys untuk poin terakhir ialah jangan makan sebelum tidur!!Yess,jangan makan🤗🤗..Tapi kenapa?Kalau anda makan disaat anda hendak lelap,sistem penghadaman anda akan berjalan(aktif)untuk peristalsis makanan bagi pencernaan...Hal ini menjadi punca mengapa insomnia berlaku dalam kalangan masyarakat masa kini disebabkan pola pemakanan yang tidak teratur..Sebaik-baiknya,makan malam lah 4jam sebelum masa tidur contohnya jam 7-8pm..Hal ini kerana perut kita memerlukan sekurang-kurangnya masa 4jam untuk mencernakan makanan...

Itulah tadi cara-cara untuk mengatasi masalah tidur a.k.a insomnia..Guys,diharapkan melalui artikel ini,kamu mengambil iktibar tentang kepentingan pengambilan tidur yang secukupnya serta meninggalkan gaya hidup yang tidak sihat yang boleh menjurus kepada masalah insomnia..Semogo artikel ini membantu kamu untuk mengatasi masalah tidur kamu...'Sedarlah bahawa kesihatan itu tak ternilai dengan wang ringgit'..

~ Anda Mampu Mengubahnya,Kalau Bukan Sekarang Bila Lagi? ~

2 comments:

  1. Salam,

    Sesiapa yg sangat2 perlukan ubat tidur yg bagus, boleh email kat sy...

    ivan_z84@yahoo.com

    Harap dpt membantu...insyaAllah...

    ReplyDelete
  2. semoga tips2 ini memberi manfaat kepada semua

    ReplyDelete