Wednesday 22 August 2018

Hero Mobile Legend Untuk Para Pemula(Newbie)




WELCOME TO MOBILE LEGEND!!

Hi guys..Bersua kembali di blog saya 'PencintaIlmu'..Huh cuti school ni boring pula kan?Entah apa nak buat dirumah..😂

Ohh ya,seperti yang dijanjikan pada hari ini saya akan share sedikit tentang Hero MobileLegend yang harus dipakai oleh para pemula(newbie)..Senarai hero ini berdasarkan setiap role seperti Tank,Assasin,Marksman,Fighter,Mage,dan Support..Hero yang saya maksudkan ini ialah hero yang darjah kesukarannya yang relatif rendah serta cara pengendalian skill yang mudah..Saya tak kata ini merupakan hero yang terbaik dalam ML ok..Anyway, kamu boleh memaksimumkan kemampuan anda dalam setiap hero berikut agar corak dan pattern permainan anda semakin baik dan sempurna..heheh😂😂

'It's not about the hero you used,it's all about how you used the hero'

Penentu menang atau kalahnya itu berdasarkan para pemainnya,(sometimes jenis hero yang digunakan juga co-factor punca kekalahan in some cases)😂....Saya juga  akan membongkar rahsia kepada kamu tentang build hero yang sesuai serta spesifikasi skill mereka agar anda mendapat gambaran tentang skill tersebut..😉Ok tanpa banyak cakap,berikut merupakan hero yang harus dipakai oleh para pemula(newbie).

Tank
1)Balmond



Difficulty:3/10
Durability:8
Offense:7

Berminat untuk bermain role tank?Hero ini mungkin pilihan anda..Saya bukanlah tank user sebenarnya,tapi saya pernah juga pakai hero Balmond..Pengendalian hero ini tidaklah begitu sukar sehingga membolehkan para newbie menggunakannya dengan baik..

Passive:BLOODTHIRST
-Regens 4% daripada HP apabila membunuh minions dan 10% daripada HP apabila dapat bunuh hero musuh.

Skill 1:SOUL LOCK
-Balmond akan maju kehadapan musuh dan memberikan damage 150(+60%)serangan fizikal(Physical ATK).Skill 2 juga memperlambatkan musuh berdekatan sebanyak 60%.

Skill 2:CYCLONE SWEEP
-Balmond akan memutar-mutarkan kapak gergasinya kepada musuh berdekatan dengan serangan fizikal 80(+37% keseluruhan)

Skill 3:LETHAL COUNTER(Ulti)
-Untuk skill ultimate,Balmond akan menghempas kapaknya itu dan menyebabkan 350(+50% keseluruhan serangan fizikal)sebagai true damage serta memperlambatkan musuh sebanyak 60% selama 2saat.

Berikut merupakan Build Item Balmond:




TIPS:Untuk memaksimalkan skill 2 balmond,saya cadangkan untuk menggunakan item Berserker fury  pada early game..Item Oracle juga penting untuk memberi regenaration semasa balmond menggunakan skill 2 nya kepada enemy..Hero ini amat sukar mati apabila build yang digunakan adalah bersesuaian..


2)Hylos



Difficulty:2/10
Durability:9
Offense:3

Bagi saya,Hylos merupakan antara hero Tank yang Terbaik di MobileLegend..Lihat sajalah,durability nya yang amat tinggi sehingga hero ini sesuai menjadi 'payung'(perlindung) kepada hero-hero lain yang mempunyai HP yang rendah misalnya Marksman,Mage dan Assassin..
Selain mempunyai ketahanan yang mantap,hero ini amat mudah dipakai kepada pemula.
Melalui passive nya,setiap 1 poin mana yang diterima melalui item akan memberikan ia 1poin HP juga..Kalau ni hero kehabisan mana, HP nya boleh digunakan untuk mengeluarkan skill nya ....So jangan risau apabila kehabisan mana.

Skill 1:LAW OF ORDER
-Hylos akan mengunci sasaran musuh dan memberikan 300(+80% keseluruhan magic power) dan memberikan efek stun selama 1saat.

Skill 2:RING OF PUNISHMENT
-Melalui skill 2 Hylos, movement speed musuh akan diperlambatkan sebanyak 6% dan serangan musuh akan berkurangan sebanyak 5%..Sebaliknya musuh akan menerima 7.5% lebihan damage daripada Hylos.

Skill 3:GLORIOUS PATHWAY(Ulti)
-Hylos akan menerima HP sebanyak 4% dan imun apabila berada diatas PathWay nya..Movement speed musuh akan menurun sebanyak 70% dan movement speed Hylos dan hero team akan meningkat 60% jika berada sepanjang PathWay nya.

Berikut ialah Build Item Hylos:





Markman:
1)Layla





Difficulty:3
Defense:2
Offense:9

Layla merupakan hero percuma yang pertama diberikan kepada anda semasa mula bermain ML...Hero ini bukan sahaja mudah dikendalikan ,malahan mempunyai skill-skill yang mematikan..Jangan main-main guys dengan Layla..Hero ini memang
amat lemah pada early game tapi sangat 'FATAL' pada late game..

Passive:MALEFIC GUN
-Basic attack Layla akan meningkat pada target yang jauh(masih dalam range)..Range serangan Layla akan bertambah mengikut level sehingga 130%..Semakin jauh range musuh yang ditembak , semakin sakit damage yang dikenakan.

Skill 1:MALEFIC BOMB
-Layla akan menembak 'bom atom' nya dan melepaskan 200 damage(+80% keseluruhan serangan fizikal) kepada musuh pertamanya.

Skill 2:VOID PROJECTILE
-Layla akan menembak bebola tenaga kearah musuh dan meletup serta memberikan 175 damage(+75% keseluruhan serangan fizikal).Skill 2 nya juga akan memperlambatkan pergerakan musuh sebanyak 60% selama 2 saat.Skill ini akan meningkat seiring level Layla.

Skill 3:DESTRUCTION RUSH(Ulti)
-Layla akan menembak meriam tenaganya ke arah musuh didepan yang sebaris dengannya.Skill 3 ini akan memberikan damage sebanyak 500(+150 keseluruhan serangan fizikal)
Berikut merupakan Build Layla terbaik menurut saya.




2)Miya





Difficulty:3
Defense:4
Offense:9

Boring pakai Layla?Apakata cuba Miya??Miya  mempunyai defense yang agak tinggi daripada Layla dan sangat mudah untuk dipakai..Hero ini amat GG semasa late game..Jangan pernah memandang rendah kebolehan Miya!

Passive:TURBO
-Setiap kali Miya menggunakan basic attacknya tanpa henti, serangannya akan meningkat 5% selama 4saat.Kelajuan nya akan semakin bertambah mengikut bilangan serangan(hit) yang dikenakan dan maksimum kelajuan yang dicapai sehinggalah 8hits.

Skill 1:FISSION SHOT
-Selepas diaktifkan,skill 1 nya akan melepaskan 2 buah anak panah ke dua arah yang berasingan dan memberikan 5 poin damage(+105% keseluruhan serangan fizikal)kepada musuh utama..Musuh yang lain pula akan menerima 30% basic attack daripada skill 2 nya

Skill 2:RAIN OF ARROW
-Bagi skill 2 nya pula, Miya akan melepaskan serangan 'Panahan Hujan' kearah musuhnya yang berjarak agak jauh memberikan 5 hits untuk sekali skill.Setiap hits akan memberikan damage 30(+15% keseluruhan serangan fizikal) dan melambatkan gerakan musuh.Sebaik saja enemy terkena hits keempat, musuh akan beku (freeze) selama sesaat.

Skill 3:TURBO STEALTH(Ulti)
Negatif efek seperti slowing down akan hilang sebaik saja menggunakan skill ulti ini..Skill ini merupakan skill untuk melarikan diri..Miya juga akan tidak kelihatan(invisble) selama 1.5saat, kelajuan serangan anda akan bertambah sebanyak 35% selama 6saat serta kelajuan pergerakannya bertambah sebanyak 45% selama 1.5saat.

Berikut merupakan Item Miya yang mematikan:




3)Irithel



Difficulty:7
Defense:4
Offense:8



Guys,untuk hero Markman yang satu ini,saya tidak menyarankan anda untuk menggunakannya..Hero ini mempunyai difficulty 7/10..Saya cuma sarankan anda untuk menggunakan hero ini apabila sudah boleh menguasai hero marksman yang lebih senang dipakai..Hero ini merupakan hero favourite saya..Memang syok la kalau pakai ini hero kerana early game pun suda cukup kuat..Kalau nak farming juggle pun sangat pantas ditambah apabila anda pakai spell retribution..
Irithel akan menembak 3buah anak panah nya sekaligus dalan satu serangan melalui passive nya..

Skill 1:STRAFE
-Irithel akan melepaskan anak panahnya secara bulatan dan memberikan 250damage(+60% serangan fizikal) kepada musuh yang berjarak dalam lingkungannya.Skill 1 nya turut akan melemahkan pertahanan musuh sebanyak 15poin selama 3 saat.

Skill 2:FORCE OF THE QUEEN
-Leo Irithel akan mengaum dan mengegarkan kawasan disekitarnya..Damage yang dikenakan kepada musuh sebanyak 200(+60% serangan fizikal) dan memperlambatkan musuh sebanyak 80% selama 2saat.

Skill 3:HEAVY CROSSBOW(Ulti)
-Irithel akan melompat bersama dengan Leo nya kehadapan , menembak anak panah gergasi apabila basic attack nya digunakan..Basic attack nya juga akan meningkat sebanyak 10% sebagai damage yang dikenakan kepada musuh..Skill ini bertahan selama 15saat

Berikut merupakan Build Irithel yang saya sering pakai dan 100% easy MANIAC SAVAGE!!




TIPS:Semasa team war,saya sarankan anda untuk berada dibelakang sambil dilindungi oleh para Tanker..Gunakan skill 1 dahulu untuk melemahkan pertahanan musuh selama 3 saat dan seterusnya lompat pakai skill 3..Confirm 2kali hit mati terus(Kalau full build sudah)..
Kalau musuh nak lari,pakai skill 2 supaya mereka selow..Tak boleh lari broo daripada Irithel..That's why saya suka pakai irithel sebab skill nya yang bagus untuk mengejar musuh dan boleh melarikan diri pakai skill 3 nya..


Mage:
1)Zhask



Difficulty:3
Defense:5
Offense:4

Sejujurnya,hero mage ini amat mudah dipakai oleh para newbie ML..Uniknya,cuma hero Zhask sahaja memiliki 4 skill dibandingkan dengan hero lain..Offense hero ini boleh tahan kuat juga..Let me share you a secret😋Hero ini sebenarnya direka untuk  'Push turret' musuh dengan kombinasi skill 1,skill 3 serta melalui spell inspire agar kelajuan serangan bertambah..Tapi tetap berjaga-jaga, semasa push turret hati-hati dengan keadaan sekitar,pastikan anda dilindungi oleh hero tank atau fighter di belakang semasa push turret..Jom lihat spesifikasi skillnya pula..


Passive:DECIMATION
-Apabila mati, Zhask akan menyuruh 'anak' nya untuk meletup memberikan damage sebanyak 500(+100% keseluruhan magic damage)

Skill 1:NIGHTMARIC SPAWN
-Zhask akan membangkitkan 'anak' spawn nya ke tempat yang kamu tetapkan.Spawn nya tak boleh bergerak namun akan menyerang musuh yang berdekatan.'Anak' nya akan memberikan efek stun setiap dua kali basic attack dikenakan.

Skill 2:MIND EATER
-Zhask akan melancarkan peluru berpandu(missile) memberikan magical damage sebanyak 400(+210% keseluruhan magic power) kepada musuh berdekatan.'Anak' nya turut dapat melancarkan skill MIND EATER.

Skill 3:HIVE CLONE
-Untuk skill ini, Zhask akan membebaskan clone nya dan meletup apabila terkena musuh memberikan magical damage sebanyak 140(+50% keseluruhan magic power).Skill keduanya juga akan memperlambatkan musuh sebanyak 80% selama 3saat.

Skill 4:DOMINATOR DESCENT(Ulti)
-Skill Ultimate nya memang agak GG dan sakit..'Anak' Zhask akan membesar..Lebih besar daripada bapa dia😂..Serangan 'Anak' nya juga akan semakin bertambah mengikut level..

Berikut merupakan Build yang sara sarankan bagi Zhask:


Untuk build zhask,saya cadangankan hanya gunakan build pertama saja buat newbie.



2)Cyclops




Difficulty:6
Defense:4
Offense:4

Cyclops!Yes,Cylops Im an astronomer..
Inilah hero yang mendorong saya ke Grandmaster..Cyclops sebenarnya taklah susah sangat nak dipakai..Skill-skill nya selain sakit , ianya juga mudah dikendalikan..Bagi anda yang nak jadi, mage user ,saya cadangkan untuk berjinak-jinak menggunakan hero yang ketot ini😂..
Kecil-kecil cili api,jangan nak main-main..

Passive:STARLIT HOURGLASS
-Semua cooldown skill nya akan menurun sebanyak 0.5saat apabila skill nya itu kena dengan musuh.

Skill 1:STARDUSK SHOCK
-Cyclops semacam membaling 'boomerang'(stardusk)semacam bintang kearah musuh dan efek serangan sebanyak 220(+60% keseluruhan magic power)

Skill 2:PLANET ATTACK
-Cyclops akan membangkitkan bebola sfera yang mengelilinginya dan menambah kelajuan pergerakkannya dalam masa yang singkat..Bebola sfera ini akan menyerang musuh berdekatan dan memberikan magical damage sebanyak 210(+50% keseluruhan magic power) kepada musuh tersebut.

Skill 3:STARPOWER LOCKDOWN (Ulti)
-Untuk skill ketiganya, Cyclops akan membebaskan bebola sfera gergasi dan mengunci musuh yang disasarkan menyebabkan mereka immobilized.Bebola gergasi ini akan memberikan efek magical damage sebanyak 600(+220% keseluruhan magic power).

Berikut merupakan Build Cyclops yang saya pakai dahulu dan anda boleh memperbaharui build tersebut lantaran update dan semakin banyak Build baharu.



3)Odette



Difficulty:6
Defense:4
Offense:4

Adakah anda merupakan seorang perempuan dan ingin menggunakan hero mage 'perempuan'?Ingin menggunakan hero 'Girly'??Mungkin Odette merupakan pilihan anda..Untuk skill 1 dan 2 nya tak lah begitu sakit..Tapi,yang sakit/fatal ialah skill 3 nya yang mempunyai radius yang agak besar.Jom lihat spesifikasi skill nya k..Sebagai tips,arahkan dahulu skill 2 anda ke musuh untuk stunkan dia sebentar dan skill 1 nya untuk hasil efektif...Untuk menggunakan skill 3 nya, caranya sama arahkan skill 2,skill 1 dan seterusnya skill 3..Kalau musuh cuba lari,pakai flicker lah..hehe

Passive:LAKESHORE AMBIENCE
-Untuk basic attack,'lagu lagu' si Odette akan melantun-lantun kearah musuh selepas beberapa kali menggunakan basic attack memberikan magical damage dari 144-200(+50% keseluruhan magic power)

Skill 1:AVIAN AUTHORITY
-Odette akan melepaskan serangan 'Angsa' nya kearah musuh memberikan 250 magical damage(+150% keseluruhan magic power) dan memperlambatkan pergerakan musuh sebanyak 2saat.

Skill 2:BLUE NOVA
-Untuk skill 2, Odette akan melepaskan serangan bebola kuasa kearah musuh dan menyebabkan efek stun selama sesaat..Apabila bebola ini tepat mengena musuh, 200 magical damage(+80% keseluruhan magic power) akan diterima oleh musuh tersebut.

Skill 3:SWAN SONG(Ulti)
-SWANN!!!Odette akan menyanyi dan menghasilkan kubah celestial yang beradius besar menyebabkan damagee yang besar terhadap musuh berdekatan sebanyak 200 magical damage(+200% magic power).

Berikut merupakan antara Build Odette yang saya pernah gunakan..



Saya cadangkan untuk menggunakan build kedua sahaja buat newbie.xD



Fighter:
1)Zilong



Difficulty:5
Defense:7
Offense:8

Hmm,kalau tak silap hero Zilong ini merupakan hero percuma time first kamu main ML kan?Honestly,hero ini memang sangat kuat early mahupun late game dan sesuai untuk by one dengan hero musuh.Hero Zilong ini merupakan jenis 'initiator' dan 'charger'..Maksudnya hero ini berperanan penting untuk mendeclare war..

Passive:DRAGON FLURRY
-Setiap 6 saat,basic attack Zilong akan digandakan apabila dikenakan kepada musuh, menghasilkan 1.8 kali damage lebih besar daripada basic attack biasa.Cooldown skill Zilong kan menurun sebanyak 0.5s.

Skill 1:SPEAR FLIP
-Zilong akan menarik musuh yang berdekatan kearahnya menghasilkan 300(+140% tambahan serangan fizikal) serta melemahkan pertahanan musuh sebanyak 10 poin selama 2saat.

Skill 2:SPEAR STRIKE
-Menikam musuh dengan tombaknya menyebabkan damage sebanyak 260(+30% keseluruhan serangan fizikal) dan memperlambatkan pergerakkan musuh selama sesaat.

Skill 3:SUPREME WARRIOR (Ulti)
-Meningkatkan pergerakkan nya sebanyak 30% dan kelajuan serangan bertambah sebanyak 45% selama 6 saat..Efek 'immobillized' daripada hero lain akan dieliminasi.

Berikut merupakan Build Item Zilong yang terbaik menurut saya:




2)Freya


Difficulty:4
Defense:7
Offense:8

'God witnesses everything that happens here'

Itulah sedikit kata-kata daripada Freya wkwkw..!!This is my baby..😁Entah kenapa time di rank GM mula dah jatuh cinta dengan hero ini sebelum saya beralih ke Irithel..Saya masih hairan,kenapa hero ini saya dapat kuasai dengan baik namun hero Alucard saya masih gagal kuasai sehingga saya berhenti main ML padahal skill nya hampir sama jak kan?😂Hero ini tidak boleh diperoleh melalui Battle Point melainkan apabila anda recharge diamonds di shop.By the way, hero ini selain boleh menjadi pelindung kepada hero lain(semi-tank) Freya juga boleh difungsikan untuk menjadi 'Assassin' walaupun role nya fighter..

Passive:SPIRIT CONTACT
-Setiap basic attack yang kedua,Freya akan mempunya shield yang mengelilinginya.Maksudnya,apabila shield ini aktif,kesan serangan minion tidak akan memberi kesan kepada Freya.

Skill 1:WINGS OF FAITH
-Freya akan melompat kearah sasaran musuh dan menarik musuh kearah Freya menghasilkan damage sebanyak 240(+100% keseluruhan serangan fizikal)

Skill 2:GODSPEED STRIKE
-Kelajuan serangan Freya akan bertambah apabila serangan(hits) ke-3 mengenai sasaran musuh dan memberikan efek stun...Physical damage yang dihasilkan sebanyak 180(+60% tambahan serangan fizikal)

Skill 3:VALKYRIE
-Freya akan memasuki mod Valkyrie dan melepaskan pukulan Physical damage sebanyak 360(+150 tambahan serangan fizikal) kearah musuh berdekatan dan memperlambatkan pergerakan musuh.Serangan fizikal Freya akan bertambah sebanyak 20% sementara armor dan magic resistance akan bertambah sebanyak 15 poin.

Berikut merupakan Build khusus untuk Freya.



           Build kedua khusus apabila lawan                     anda mempunyai 2 hero mage      



Assassin:
1)Karina


Difficulty:7
Defense:4
Offense:9

Karina merupakan antara hero assassin yang amat ditakuti oleh hero Marksman ,mage dan hero lemah yang lain.Apa tidaknya,dengan skill-skill yang mempunyai mobiliti dan kemampuan menghendap yang direka untuk membunuh para hero lemah..Sekali combo 3 skill memang automatically mati lah😂.Sebenarnya,tiada lagi hero assassin yang sangat mudah untuk dimainkan oleh para newbie selain Karina..Sejujurnya, saya jarang sebenarnya pakai hero assassin ini..hehe.Mari saya jelaskan skill-skill nya..

Passive:COMBO HIT
-Untuk serangan basic attack yang ketiga, serangan Karina dikira sebagai True Damage terhadap musuh.

Skill 1:ELUSIVENESS
-Dalam mod ini,Karina akan immune daripada serangan musuh dan pergerakannya akan meningkat sebanyak 35%.Untuk setiap serangan basic attacknya, pergerakan musuh akan diperlambatkan dan kritikal hit dihasilkan sebanyak 165(+75% keseluruhan magic power).Apabila mendapat kill atau assist,cooldown skill nya akan berkurang sebanyak 60%.

Skill 2:DANCE OF DEATH
-Karina akan memutar-mutar kan pisau-pisau mautnya mengelilingi musuh menghasilkan magic damage sebanyak 260(+130 keseluruhan magic power) kepada musuh.Mendapat kills atau assist mengurangkan cooldown skillnya sebanyak 60%

Skill 3:SHADOW RUSH
-Karina akan melompat kearah musuh dan menikam pisau mautnya itu memberi magical damage sebanyak 430(+220% keseluruhan magic power).Apabila Karina berjaya dapat kill musuh,skill 3 nya akan reset semula cooldown nya.

Berikut merupakan Build karina yang saya cadangkan.



Support:
1)Angela


Difficulty:3
Defense:5
Offense:3

Untuk hero kawaii yang satu ini, sememangnya amat bagus buat anda seorang pemula..Bagi saya,Angela merupakan antara hero support yang amat baik selain boleh menjadi backup kepada hero team lain melalui skill 3 nya.Pengendalian skill nya juga amat mudah dan simple..Skill 1 dan skill 2 aduhh boleh tahan sakit guyssm.Serious!!

Passive:SMART HEART
Semasa Angela menggunakan skillnya,kelajuan pergerakkan nya akan bertambah 15 sehingga 30% selama 4 saat..Efek kelajuan ini akan turut memberi kesan kepada hero lain apabila Angela 'merasuki' badan hero tersebut melalui skill ultimate.

Skill 1:LOVE WAVES
-Angela akan melepaskan serangan 'Love Love(Serangan kasih sayang)',  kearah musuh menghasilkan magical damage sebanyak 170(+50% keseluruhan magic power) dan memperlambatkan pergerakkan mereka sebanyak 10%.Skill ini boleh digunakan 5 kali berturut-turut sebelum ianya reload semula.Angela juga boleh menambah HP sesama team dengan skill 1 nya..

Skill 2:PUPPET ON A STRING
-Angela akan mengikat sasaran musuh menggunakan 'tali anak patungnya' dan memberikan magical damage sebanyak 300(+40% keseluruhan magic power) terhadap mereka..Jika musuh masih dalam ikatan Angela selama 3saat, musuh tersebut akan immobilize dan memberikan tambahan magical damage sebanyak 450(60% keseluruhan magic power)
push turret

Skill 3:HEARTGUARD(Ulti)
-'Papi Papi Pum'..!Angela akan merasuki badan team hero selama 12 saat memberikan shield kepada mereka, menyerap 1200 magical damage(+200% keseluruhan magic power) serangan musuh selama 6 saat.Dalam mod ini, Angela masih boleh menggunakan passive,skill 1 dan skill 2 nya membantu hero team untuk menyerang.

Berikut merupakan Build Angela yang efektif:


Saya cadangkan kamu untuk pakai build paling atas untuk newbie.

NOTE:BUILD YANG SAYA SARANKAN DIATAS MUNGKIN BUKANLAH YANG TERBAIK BUAT KAMU , TAPI IANYA HANYA SEBAGAI PANDUAN KEPADA NEWBIE..APABILA KAMU SUDAH PRO, KAMU BOLEH UBAHSUAI BUILD MENGIKUT KEADAAN DAN SITUASI!!😂

*True Damage merupakan damage yang ignore segala armor yang dipakai oleh musuh sama ada armor melalui item mahupun skill..Apabila True Damage yang dikenakan ialah 500pts maka damage yang diterima juga 500pts..Tapi kalau damage biasa mungkin damage yang diterima musuh ialah 400pts kerana ada armor..

So guys,sampai sini sahajalah coretan artikel saya berkenaan Hero yang sesuai dipakai oleh para newbie dan pemula..Diharapkan artikel ini membantu dalam menambah pedoman kamu untuk bermain ML dengan efektif ..Manfaatkan lah skill setiap hero tersebut dan maksimalkan kebolehan mereka untuk menaikkan rank kamu daripada Warrior hinggalah ke Mythic..Untuk mempertajamkan kemahiran anda dalam menggunakan setiap hero,anda bolehlah menonton gameplay yang tersedia banyak di youtube ..
Sehingga berjumpa lagi di lain hari..
Terima kasih kerana membaca artikel ini yerr😁..Stay tuned guys untuk pelbagai coretan yang menarik(Walaupun tak lah menarik sangat pun)..hehe😂😂

1 comment:


  1. AGEN TOGEL ONLINE TERPERCAYA CERIA4D
    WA : +62 82393544066
    #PROMO CERIA
    -BONUS DEPO 10RB
    -BONUS NEXT DEPO 1%
    -BONUS REFFERAL 2%
    -JACKPOT 4D 3D 2D NO HP TOTAL HADIAH 5 JUTA !!
    -LOMBA GRUP HADIAH RATUSAN RIBU !!

    - TERSEDIA DEPOSIT VIA " PULSA "
    - LIVE GAME CASINO & SBOBET (BOLA)
    - Fitur Game Casino (POKER , SBO )
    - BEBAS LINE 2D/3D/4D
    _________________________________________
    DISCOUNT TOGEL dibawah ini :
    >2D DISCOUNT : 29% x 70
    >3D DISCOUNT : 59% x 400
    >4D DISCOUNT : 66% x 3.000


    LINK DAFTAR:
    WWW . JPCERIA . COM

    CERIA
    BANDAR TOGEL ONLINE
    TOGEL ONLINE
    JUDI ONLINE
    BANDAR ONLINE
    BANDAR TOGEL
    AGEN TOGEL ONLINE
    MAIN TOGEL ONLINE
    BANDAR TOGEL AMAN
    MENANG TOGEL
    BERITA TERBARU
    KODE ALAM
    TOGEL
    CERITA DEWASA
    DEWASA

    ReplyDelete