Sunday 19 August 2018

Apa itu inertia,momentum dan impuls

Hi guys,bersua lagi di blog saya 'PencintaIlmu'..So seperti saya saya janjikan,saya akan post artikel berkenaan 'MOMENTUM'..But alang² saya masuk ke topik momentum lebih baik saya kongsikan secara keseluruhan berkenaan konsep inertia dan impak sekaligus kerana ketiga-tiganya mempunyai kaitan antara satu sama lain...


So let's start with inertia first then mometum..Shall we??😉..Jadi apa itu INERTIA??Macam pernah dengar tapi tak tau pulaa...hihi..Siapa sini pernah naik kereta or bas,perasan tak semasa tu kereta nak gerak ke hadapan,kamu akan terdorong ke belakang dan apabila kereta tiba-tiba berhenti kerana ada kucing ditengah jalan nak telanggar then badan kamu akan terdorang ke hadapan...?Pernah tak?Pernah??Kejadian tersebut sebenarnya ada kaitan dengan INERTIA..

"Inertia merupakan kecenderungan sesuatu objek untuk mengekalkan keadaan rehatnya ataupun semasa bergerak pada halaju kekal dalam garis lurus''
''Inertia is a tendency of an object to remain its state of rest or motion when moving at a constant velocity in a straigh line''

Inertia juga sebenarnya merupakan aplikasi daripada hukum Newton pertama,

''Every object continues its state of rest at uniform velocity in a straight line unless acted upon by an external force''

Secara umumnya,inertia ni tidak mempunyai sebarang unit..And take note yang inertia ini HANYA dipengaruhi oleh jisim..

Semakin bertambah jisim,semakin besar inertia sesuatu objek..dan sebaliknya.
Antara contoh aplikasi inertia ialah seperti berikut:

Aplikasi Inertia


Contoh pertama tu memang semua dah tahu la kan eksperimen ringkas untuk menbuktikan inertia kann..Apabila kadbod tersebut ditarik dengan laju,syiling yang berada diatasnya tidak akan terikut kadbod tersebut bersama-sama  semasa ditarik kerana kecenderungan syiling tersebut untuk KEKAL STATIK(stationary) disebabkan inertia syiling tersebut ..Oleh sebab daya graviti bertindak keatasnya,maka syiling itu akan jatuh kedalam gelas..

Bagi contoh kedua pula,hmm!!Sama jer dengan contoh pertama..Apabila buku yang berada di antara buku lain dan ditarik dengan laju ,buku yang berada diatasnya akan KEKAL STATIK disebabkan inertia buku tersebut...

And contoh ketiga mesti korang tak caya aplikasi inertia...kan kan?🤣Bagi korang yang mengalami kesukaran semasa menuang sos kerana dah nak habis tu,kamu bolehlah goncang botol tersebut ke atas dan kebawah supaya sos lebih mudah keluar dari botol..Ini terjadi apabila botol digoncang,sos didalamnya akan bergerak bersama..Apabila goncangan itu dihentikan maka,inertia sos itu akan mengekalkan ia untuk terus bergerak keluar daripada botol..😁😁

So,we have done with Inertia..And then Momentum pula!!
Perasan tak,peluru yang sangat kecil dan tumpul boleh membunuh?Tapi kenapa??Well,peluru hanya membunuh apabila ia bergerak pada halaju yang sangat pantas..Tapi kenapa?Itu kerana momentumnya yang amat besar..

Momentum merupakan hasil darab diantara jisim(mass) dan halaju(velocity) sesuatu objek dan diwakili dengan simbol  P
Momentum merupakan kuantiti vektor dan diberi unit kg m/s atau N s

Rumus Momentum:P=m×v

Momentum dipengaruhi oleh jisim dan halaju objek..Semakin bertambah jisim atau halaju,maka momentum sesuatu objek akan bertambah..Dan sebaliknya..

Objek yang mempunyai momentum yang besar juga lebih sukar diberhentikan..Maksud??Contohla,terdapat dua buah kenderaan X dan Y..Kenderaan X mempunyai jisim 1000kg tapi kenderaan Y mempunyai jisim 200kg dan kedua-dua nya bergerak pada halaju 100 km/j..Maksunya kenderaan X mempunyai momentum yang lebih besar daripada Y walaupun bergerak pada halaju yang sama..Ini juga bermaksud kenderaan X lebih susah untuk diberhentikan daripada kenderaan Y..😁😁Simple right..Apa-apapun untuk menentukan sebesar mana momentum sesuatu objek,guna ja rumus P=m×v and you'll get the answer...

And last but not least adalah Impuls dan Daya impuls(Impulsive force)..

Impuls ini actually hampir sama dengan Momentum dan berkait sangat rapat..🤣macam adik beradik..wkwk..Oleh kerana saya tak boleh type ayat matematik kat sini so,terpaksa saya tulis kat kertas untuk buktikan kaitannya..



Pembuktian Daya Impulse merupakan ∆mv(Perubahan momentum)

Perubahan momentum(∆mv) saya boleh tulis dalam bentuk  mv-mu  tapi supaya semuanya simple a.k.a  singkat then saya pakai  huruf greek  delta menunjukkan perubahan lahh...ok guys😉😉


Daripada gambarajah diatas,impuls ialah perubahan momentum dan diberi unit,         N s dan Ft pula merujuk kepada Impuls..

Ft=∆mv

Pernah lihat tak acara lompat tinggi di Tv ker,di sekola or di mana-mana lah..Kalau kamu perhatikan,dalam acara lompat tinggi mesti guna tilam yang empuk lagi lembut?Tapi kenapa?Well,common sense!!Supaya si pelompat tu tak kecedera dan patah-patah semasa mendarah kan?😂😂..Tapi apa pula kaitannya dengan Daya impuls?Check this out!!


Pembuktian kedua berkenaan Impuls dan Daya impuls


Sorry kalau bahasa saya bercampur aduk BM dan BI..Saya sebenarnya belajar Physics dalam BI so thats why ada istilah yang saya tak tahu dalam BM...Jangan marahh k😋😂

Jadi,seperti yang kamu perhatikan semakin berkurang masa impak,semakin bertambah daya impuls dan semakin bertambah masa impak,semakin berkurang daya impuls...

Tujuan tilam yang empuk lagi lembut itu adalah supaya masa impak lebih panjang(bertambah) agar daya impuls semasa mendarat adalah berkurang dan tidak cedera sehingga patah-patah badann..Wkwkkw😂😂..

Actually banyak lagi aplikasi Impuls dan daya impuls yang boleh diberikan contoh misalnya acara lompat jauh,semasa menangkap bola sepak,menggunakan lesung batu,menukul dan sebagainya lagi..

So itu sahajalah untuk petang hari ini berkenaan Inertia , Momentum dan Impak yang hampir berkait rapat..Apa yang paling penting,konsep tu kena faham supaya tak keliru walaupun ketiganya adalah mirip serupa...Saya harap kamu enjoy reading my article ok guys..Betulkan saya kalau ada silap dan maafkan saya kalau ada silap bahasa..Sekian sahajalah daripada saya 'PencintaIlmu' and always remember,'Sharing is Caring'..Terima kasihh..😎👋🏻👋🏻

No comments:

Post a Comment